Apakah Bullet Journal?

Apa Bullet Journal ni sebenarnya?

Tak dinafikan memang ramai yang dah tahu mengenai Bullet Journal tapi mungkin ada sebahagian yang masih keliru tentang Bullet Journal. 

Nama singkatan bagi Bullet Journal ialah Bujo. Sebenarnya, Bullet Journal lebih kepada ‘personal planner’ di mana kita catat semua aktiviti tahunan, mingguan dan harian dalam satu buku sahaja.

bullet, journal, closed-2428875.jpg

Kalau kita tengok di YouTube memang ramai yang berkongsi cara untuk buat Bullet Journal yang cantik dan kemas. Tapi yang lebih penting ianya membantu dalam pengurusan masa dan diri. 

Contoh muka surat asas yang perlu ada dalam Bullet Journal ialah :

  1. Index
  2. Kalendar
  3. Goals
  4. Jadual mingguan ( Weekly Planner)
  5. Trackers

Dalam Bullet Journal ni kita boleh letak pelbagai muka surat lagi. Untuk ‘trackers’, kita boleh buat ‘mood tracker’, ‘ financial tracker’, ‘Habit tracker’ dan macam- macam lagi lah. 

Dengan adanya kandungan seperti ini dalam Bullet Journal boleh memudahkan kita untuk merujuk semula catatan lama dan catatan akan datang. 

Merujuk kepada catatan lama boleh membantu kita mengulangkaji apa yang perlu diperbaiki manakala catatan untuk masa depan pula buat kita untuk lebih bersedia supaya tidak ada tarikh atau aktiviti penting yang kita terlupa dan tertinggal.

Bullet Journal dipopularkan oleh Ryder Caroll dan slogan dia untuk Bullet Journal ialah Track the Past, Order the Present, Design Your Future.

 

Untuk dapatkan idea nak mulakan Bullet Journal, kita boleh cari kat YouTube, Pinterest, Instagram dan laman web berkaitan Bullet Journal. 

Antara channel yang banyak berkongsi tentang Bullet Journal ialah AmandaRachLee, Studyquill dan banyak lagi lah. Kadang-kadang tak pasti nak mulakan dari mana tapi mulakan saja dengan muka surat yang mudah dahulu. 

Dari situ kita akan dapat idea dan Bullet Journal kita akan bertambah baik dari minggu ke minggu. 

Lagi satu, kita boleh saja nak mulakan Bullet Journal pada bila-bila masa. Tak perlu tunggu January untuk rancang semua aktiviti dalam tahun tu. 

 

Make a habit to plan your life in a month 🙂

Share:

Facebook
Twitter
Pinterest

Nurul Nadhirah

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

On Key

Related Posts

Step Paling Mudah untuk Setup Blog

Masa bulan Mac hari tu, saya joined satu blogging bootcamp. Tetiba rasa minat nak cuba benda ni. Memang dari sekolah menengah lagi saya suka dengan

Apakah Bullet Journal?

Apa Bullet Journal ni sebenarnya? Tak dinafikan memang ramai yang dah tahu mengenai Bullet Journal tapi mungkin ada sebahagian yang masih keliru tentang Bullet Journal.