Step Paling Mudah untuk Setup Blog

Masa bulan Mac hari tu, saya joined satu blogging bootcamp. Tetiba rasa minat nak cuba benda ni. Memang dari sekolah menengah lagi saya suka dengan dunia blogging tapi masa tu tak serius. Cuma belajar sikit-sikit je sebab saya tau nak hasilkan satu blog yang berjaya tu ambil masa yang agak lama. 

So dalam post ni, saya nak share pengalaman awal untuk setup blog. Post ni lebih kepada nota penting yang saya nak kongsikan dan supaya saya juga boleh buat revision semula pada masa akan datang.

Dalam bootcamp ni, awal-awal lagi Coach dah bagi tau untuk start blogging memang kena ada hardwork, patience and effort.  Memang agak renyah sikit la nak buat blog ni tapi bila banyak buat research, lepas tu try and error, baru lah menjadi. Dalam masa 6 bulan pertama sepatutnya kena rajin tapi sebab masa tak mengizinkan so tergendala sekejap blog ni. But no worries, I will try to be consistent to start this again. Without further ado, let’s go! 

DAY 1
Pilih niche dan nama untuk blog.

Sebenarnya bootcamp ni bertujuan untuk ajar peserta buat ‘Authority Blogging’ iaitu nak bangunkan blog yang boleh jadi sumber rujukan yang dipercayai dan jadikan kita orang yang pakar dalam sesuatu topik. Sebab itulah kena pilih niche yang sesuai dulu sebelum nak buat Authority Blogging ni. Tapi apa itu niche?

Niche adalah memfokuskan sebahagian kecil dalam sesebuah topik yang besar. Contohnya, dalam topik gaya hidup sihat kita akan fokuskan pada senaman sahaja atau berkongsi makanan yang sihat untuk diet. Dengan niche yang betul, kita dapat tarik ‘audience’ yang berkualiti yang cenderung pada topik tersebut. Untuk decide niche blog, kita kena tengok kita pakar dalam bidang apa. Pengalaman dan minat dalam sesuatu perkara juga penting supaya kita rasa seronok untuk berkongsi dalam blog tersebut.

Okay lepas tu macam mana nak decide nama blog pula? Coach ni suggest supaya kita gunakan nama bisnes, nama niche, nama sendiri. Paling disarankan kalau guna nama sendiri sebab kalau tiba-tiba rasa nak tukar niche, tak perlu dah nak tukar domain yang baru. Okay dah habis part pilih niche dan nama untuk blog.

Day 2
Setup blog

Pertama sekali, kena pilih platform yang betul untuk blog. Ada beberapa platform contohnya Wix, Weebly, Shopify, Blogspot, WordPress dan macam-macam lagi. Tapi saya guna WordPress sebab Coach cakap easy to develop. Seterusnya, kena register domain iaitu nama untuk website nanti. Macam blog saya ni, saya guna nama sendiri nadhirahnoor.com. Kita kena register hosting juga sebab hosting ni adalah tapak untuk letak website. Coach suggest guna Hostinger sebab support and performance dia okay plus easy to use and much cheaper.

 

Lepas dah masuk Hostinger ni, just pilih plan mana yang sesuai ikut bajet kita dan continue buat payment. After payment done, kita kena pilih option yang dia bagi tapi semua senang je. Sampai part platform, kena pilih WordPress dan kat server pilih Singapore sebab yang tu paling dekat dengan Malaysia supaya tak ambil masa yang lama untuk tunggu website launch. Last sekali, ada satu form personal details so yang ni just fill in the blanks macam biasa.

Alright lepas tu pergi kat WordPress Dashboard dan boleh click “Finish Registration”. Disebabkan domain blog tu belum fully registered, kita kena tunggu 24 jam sebelum boleh edit dan explore kat bahagian WordPress Admin area. Sekarang akaun Hosting kita dah selesai!

Okay step seterusnya adalah kita kena verify akaun. Macam biasa verification link akan dihantar ke email. Selepas dah verify, kita boleh tengok akaun dah aktif pada Dashboard Hostinger. 

Untuk setup yang seterusnya, boleh explore bahagian setup dan manage yang akan membawa kita ke page yang seterusnya. Tekan Edit Website di sebelah kanan page untuk edit dan tambah macam-macam lagi plugins untuk website kita. Dekat sini juga, kita perlu pilih theme yang sesuai dan customize ikut macam mana yang kita suka.

 

Day 3
Choose Your Theme

Disebabkan dah sampai ke bahagian teknikal yang agak susah untuk terangkan dalam bentuk tulisan, saya cadangkan anda semua untuk rujuk tutorial kat YouTube. Untuk design website pun agak mencabar untuk mereka yang baru nak bermula. Patutlah orang hire web developer je nak setup website ni. Saya cerita sikit-sikit jelah part mana yang mudah untuk saya share.

Dekat part theme, memang banyak sangat theme yang kita boleh pilih tapi kalau boleh ambil lah theme yang senang untuk kita adjust. Theme yang nampak clean dan tak terlalu serabut. Yang cantik biasanya berbayar tapi untuk permulaan ambil yang percuma je dulu. Lepas dah pilih theme, kena install Elementor untuk memudahkan kerja-kerja nak edit sebab nanti kita nak letak gambar, posts dan sebagainya. Saya beli Elementor Pro kat Shopee dan setakat ni berfungsi dengan baik dan memang jadi lagi senang nak edit page dan tambah benda-benda lain.

 

 

Selepas part mencantikkan blog semua tu dah settle, ada pages, ada menus dan lain-lain. Kita kena install plugins. Plugins ni macam apps la dalam blog. Jadi plugin yang saya guna ialah, Elementor, Rank Math, Google Site Kit and iSecurity. Plugins tersebut adalah penting untuk menjaga kestabilan website kita.

Rasanya part penting semua dah sebut, jadi boleh la start buat content dalam blog tu.

Jadi sampai sini je lah sharing untuk setup blog. Maaf sebab tak dapat nak share step dengan lebih detail. Mungkin boleh rujuk video tutorial kat YouTube untuk lebih faham bahagian-bahagian teknikal yang lain. Terima kasih!

Share:

Facebook
Twitter
Pinterest

Nurul Nadhirah

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

On Key

Related Posts

Step Paling Mudah untuk Setup Blog

Masa bulan Mac hari tu, saya joined satu blogging bootcamp. Tetiba rasa minat nak cuba benda ni. Memang dari sekolah menengah lagi saya suka dengan

Apakah Bullet Journal?

Apa Bullet Journal ni sebenarnya? Tak dinafikan memang ramai yang dah tahu mengenai Bullet Journal tapi mungkin ada sebahagian yang masih keliru tentang Bullet Journal.